sejarah BATU PAHAT.. kau tahu??





 assalamualaikum... siapa tinggal di Batu Pahat sila angkat kaki.??
tak guna kalu duduk menetap beribu tahu kat Batu Pahat kalau sejarah Batu Pahat pon tak tahu ann. so.. siapa nak mengenali Batu Pahat disini ade serba sedikit info tentang BATU PAHAT, JOHOR...
dengan bangga-nya silakan baca..

BATU PAHAT atau BANDAR PENGGARAM merupakan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan daerah di Johor.

Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka. Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu. Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam". Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah sultan Abu Bakar, sultan Johor ketika itu.

kopi dan pasta dari Batu Pahat

dah tahu sejarah Batu Pahat meyh layan JOGET BATU PAHAT..





dah tahu.. bagus...!! tepuk tangan sembilan puluh lapan kali..!! yeahhh..!!
kesimpulan-nya.. nampak tak kaitan antara BATU PAHAT dan MELAKA..muahahah.. related??
siapa tinggal di tempat selain batu pahat.. cerciter sikit sejarah tempat kalian.. hihihikk.. ^^v

theend

Comments

Popular posts from this blog

Mubala, Peragas, Ketipang, Jagindas, Sujama, Karambit.

Ayahnda

Ke Pulau Ke Kita #RoadToPenang