Ke Pulau Ke Kita #RoadToPenang

Sejenis throwback our fourth trip together as Geng Taman Negeri. Kali ni kami ke Pulau Pinang. Rancangan asal nak ke mana-mana pulau tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan and plan tak solid lagi, kami akhirnya terlajak ke Pulau Pinang. Kira pulau-lah jugak cuma tak buat barbeque or snorkeling, aktiviti cliche kalau berlibur kat kepulauan.

Kami gerak lepas solat Jumaat tanggal 31 Mac 2017 bermula dengan Dyno, Zaki, Kak Teha and Risa. Kemudian amik Idan and Ucop kat Kajang. Petang jugak-lah baru perlahan-lahan gerak ke Pulau Pinang. And past midnight baru sampai di Georgetown, Pulau Pinang. Dengan bantuan sahabat kami dari diploma dulu Hafiz Samat kami dapat check-in, mandi, rehat dan membuta. Thanks.

The next day, kami check out and terus gerak ke Penang Hill. Mula-mula sesat ke Penang Hill mana entah. Lepas beberapa minit berpusing-pusing, akhirnya jumpa jugak-lah lokasi sebenar Penang Hill, Bukit Bendera. Banyak jugak-lah improvement dari segi fasiliti yang dibuat berbanding dulu pergi dengan kawan-kawan diploma. Sesampai je, dapat parking terus beli tiket. Nak beli tiket kena tunjuk kad pengelanan untuk dapatkan harga warganegara. Kalau ada student card pon boleh tunjuk untuk dapat harga pelajar. Harga tiket boleh rujuk (tiket Bukit Bendera).

Gambar tanpa tarikh disumbangkan khas oleh adik manis Harissa Ameera

* Gambo Penang Hill








Dah selamat naik train ke atas, kami pon pusing-pusing sekitar Bukit Bendera. Tangkap gambar dan menhayati pemandangan Pulau Pinang yang indah lagi permai gituuuu. Ada satu tempat yang diberi nama The Habitat baru dibuka kepada pengunjung. Harga tiket boleh rujuk (tiket The Habitat). Masa kami pergi belum fully siap. Kalau ikotkan banyak benda menarik ada kat sini. And very 30 minutes mereka ada buat nature tours by experienced guides. Banyak benda-lah boleh belajar dari tour yang disediakan. Untuk maklumat lanjut visit their website (The Habitat).

* Gambo The Habitat

















Dah penat pusing, posing, pandang, tenung, tenang. Dah sampai masa kebulur. Selamat je turun dari Bukit Bendera pi melantak kat Nasi Kandar Deen Maju recommended by Hafiz Samat. But since tekak tak selesa, perut tak senang, makan pon tak rasa apa aku tengok je diorang makan. Nampak sedap weyhh. Terliur tapi kalau makan tak rasa, takpe-lah. Sis redha. Sadis. Kebetulan Deen Maju berhampiran dengan HinBusDepot, apa dia HinBusDepot boleh rujuk (HinBusDepot). Kebetulan ada PLAY an Interactive Art Exhibition. So kami lepak sebentar disitu melayan perasan dan berhibur.

*Gambo HinBusDepot













Dah penat kami check-in hotel recomemded by Hafiz Samat jugak. Mandi, rehatkan minda, lelap kejap, solat apa semua. Kami seterusnya melantak lagi di Kapitan. Quite famous at Georgetown. Dan kali ini kami disertai kawan kami Hafiz Samat tuan rumah memang asal Penang dan dari Kedah, Amri Zafri untuk memeriahkan suasana. And my happy tummy dah boleh terima makanan time ni. So dapat-lah makan Nasi Beriyani Kapitan. Sedap weyhh dah berapa hari tak makan nasi. Merasa-lah sikit.

Lepas kenyang Hafiz Samat atau lebih glamour di panggil Apek, bawa pusing-pusing Georgetown. Singgah Kim Haus, Bayview Rooftop and lastly makan Roti Canai Roller Coaster kat celah mana entah. Kalau tanya abang Google ada dia bagi info Abu Mamak di Jalan Dato Koyah. Dah kenyang, penat lagi ngantuk, kami balik ke hotel dan membuta.

For your information, sekitar Georgetown memang banyak tempat penghinapan. Senang nak cari, some of them ada yang 24 hour reception. Sekarang banyak applikasi dan laman web yang menyediakan banyak info tentang tempat pelancongan. Harga pon pelbagai dan mampu milik. Maklumat dihujung jari. Cari je. Bagi aku, kat Georgetown kalian boleh aktif 24 jam. Ada je tempat menarik nak singgah. Pandai-lah cari dan explore.

* Gambo Lepak Malam










Then, the next day adventure start. Kebetulan hotel dekat dengan kedai makan, melintas sikit sampai. Dah kenyang kami mulakan explorasi sekitar Georgetown. Jalan ke Penang Art Street, Lebuh Armenian, singgah China House dan pusing-pusing dan pusing. dah penat kami bergerak balik ke hotel. Siap-siap , check out dan ke destinasi seterusnya.

* Gambo Jalan Georgetown














Dah nama pon Geng Taman Negeri, kalau tak masuk hutan tu tak bahagia-lah hidup kami. Jadi Idan telah mencadangkan kami menjelajah Taman Negara Pulau Pinang. Masuk percuma, tulis details sikit kat entrance. Syarat nak masuk mestilah kena cintakan alam semulajadi dan ada common sense menjaga keamanan dan kebersihan kawasan sekeliling.

Dalam taman negara ni terbahagi pula kepada beberapa bahagian. Kami pilih untuk ke Monkey Beach. Dua jam jungle trekking, trek senang, naik turun sikit, tangga sikit, jambatan sikit, jumpa pantai pertama, masuk hutan balik, naik, turun, redah, rempuh dan sampai-lah kami ke destinasi. Mengigil jugak-lah lutut weyhh. Kira sennag-lah sebab ada amoi pakai selipar dengan dress lagi meredah segala macam tu. Power amoi power.

* Gambo Monkey Beach

sekitar entrance Taman Negara Pulau Pinang











Kat Monkey Beach ni ada kedai makan yang disediakan, tapi jenis makanan terhad-lah. Selesai bersantai, bermandi manda, bersuka ria, hari pun dah petang kami amik keputusan untuk pulang menaiki boat. Nak terjah balik masuk hutan semput weyhh. Kalau nak naik boat bayaran RM50 kalau booking awal, kalau tetiba minta dari Monkey Beach tu RM60. Harga ikut orang yang sediakan  boat tu. Nasib baik dapatlah murah, nasib kurang baik mencekik darah-lah jugak. Mungkin sebab kami pergi weekend so harga tinggi sikit dari hari biasa. Kalau bijak boleh share dengan pelancong-pelancong lain yang ada. Benda boleh settle, no worries.



Dah tukar baju, kitaorang gerak mencari sesuap nasi. Kali ni makan Nasi Kandar Deen Maju lagi tapi cawangan lain. Yang sebelum ni cawangan Georgetown, ni cawangan kat Jelutong. Yesss! Finally dapat makan nasi kandar power, meletup. Mana tak-nya dah masuk hutan naik turun, lepak pantai lagi. Dia punya kebulur memang dah maksimum ada-lah selera nak makan. Maaf-lah kitaorang kalau dah kebulur tak menyempat nak tangkap gambar. Tapi boleh jenguk ni Budak Letrik, ada info tentang both Nasi Kandar Deen Maju Georgetown and Jelutong.

Destinasi terakhir kami ke Burger Bakaq Tok Uban milik sahabat kami Izhar Shah. Disebabkan dah keyang kami order air and cheese fries je. Tak nyempat nak try yang lain. Untuk maklumat lanjut boleh visit blog Pondok Ajip ni. Then dah barai teroxx kami balik ke rumah Izhar. Terima kasih Aah kasi tumpang satu malam.

The next day kami pagi-pagi bergerak balik ke realiti masing-masing. Dah. The End.


Comments

Liza Razak said…
cantiknya tempat ni x pernah pergi

Popular posts from this blog

Mubala, Peragas, Ketipang, Jagindas, Sujama, Karambit.

Ayahnda

praktikal dulu.