Posts

Showing posts from May, 2017

Throwback Retreat FICTS 15/16 (Tanah Aina Fahad)

Image
FICTS acronyms for Faculty of Information and Communication Technologies Society (Persatuan Pelajar FTMK, UTeM) Ini pon sejenis post yang throwback teruk selepas hampir setahun kejadian berlalu. Lokasi kejadian Tanah Aina Fahad, Pahang. Gambar hasil sumbangan kamera Harissa Ameera. Cuba teka mana satu dia dalam gambar, paling cute, kecik, comel, cantik lagi bergaya. Dan juga dari ehsan pemilik handphone canggih boleh masuk air si kacak Syafiq Hisham. Yang paling handsome itulah dia. Post ini sebenarnya bertujuan untuk menyatakan yang Tanah Aina tu awesome nak pengsan weyhh. Para peminat hijau-hijauan yang gemarkan bunyi kicauan burung sebagai morning alam, yang sukakan bunyi derusan air sungai sebagai lullaby boleh cuba berlibur kat sini. Tanah Aina ada beberapa cawangan berbeza dan menyediakan pelbagai perkhidmatan. Yang kami pergi Tanah Aina Fahad, Lata Jarum di Ulu Dong, Raub, Pahang. Untuk maklumat lanjut boleh layari Tanah Aina . The accommodation superb nic