sesat dalam sesaat



ade mimpi 
indah seram pelik 
and sometimes
memang betol mimpi

mimpi yang paling aku ingat,
mimpi sesat.

dah banyak kali aku sesat dalam mimpi. lain waktu lain tempat lain situasi.
penat kot. lari-lari cari jalan keluar. ALONE. kekadang sesat dalam bangunan, kekadang kat bandar yang ntah pape, kekadang dalam hutan, kekadang kat tempat yang sangat pelik. sangat sangat sangat menakutkan. imaging-lah korang sesorang tetibe hilang haluan, tetibe ade entah kat mane-mane.

ade satu mimpi ni, dah lame. aku and family tak silap, pergi satu tempat. kire macam bercuti. then, kami pergi kat satu masjid yang sangat besar cantik unik amazing dan woww! nak describe nanti panjang lebar plak. then tetibe aku sesorang, entah mane family aku. merate aku jelajah masjid tu. tak jumpe jugak family aku. nampak pulak manusia-manusia yang pelbagai ragam, saiz, rupa. ending aku tak ingat. tapi rase-nye aku jumpe someone yang aku kenal.

bile mimpi sesat kekadang aku jumpe jalan balik. tapi kekadang give up tak jumpe jalan. rase macam nak menangis. bangun-bangun terus sesak dada. serious.


mesti ramai yang pernah mimpi macam ni. sesat, then sesorang.
kekadang terpikir jugak ape maksud disebalik setiap mimpi.
tapi bak kate orang, mimpi mainan tidur. 

Comments

Anonymous said…
baru mimpi sesat jalan td...
Anonymous said…
mimpi mainan dunia~

Popular posts from this blog

Mubala, Peragas, Ketipang, Jagindas, Sujama, Karambit.

Ayahnda

Ke Pulau Ke Kita #RoadToPenang