Trip Mersing #JomRondaPulau

Nak mengimbau kenangan kejap, sebab ada kawan tanya 'Tak tulis blog lagi ke?'
Demi kau aku tulis kembali. Tapi cerita tahun 2018. Trip latest kau sabau jap.

Seperti yang tertulis di tajuk, kami ada buat trip ramai-ramai, kawan-kawan dari UTeM ke Mersing. Kami amik package island hoping set lima pulau (daypack) dengan #JomRondaPulau by Checkgu Murni  (click link for more info). Total 17 orang yang join trip ni. Time ni semua muda mudi, sekarang semua dah berlaki, berbini.

Masih muda kah kami?
Masih muda kah kami?

Kami pergi bulan Julai 2018 sebelum wujud-nya Covid-19. Seronok teruk-lah masa tu kan. Tenang dan bahagia masing-masing. Gerak dari Melaka dan ada yang gerak dari Kuala Lumpur. Jumpa di Mersing. Kami sewa di Homestay Mersing Ariff (click link for more info). Rumah luas, kawasan kampung, kemas, parking senang, tiga bilik dengan harga below RM300 (tak ingat sebab dah lama kan). Stay for two night.

Dari Melaka, mula mula singgah rumah Fateha dulu, ambil toto tak silap. Lepas tu terus gerak ke homestay. Petang tunggu rombongan dari Kuala Lumpur then rehat rehat je semua orang. Malam ada keluar tapi tak ingat pergi mana, makan kot. 

 The next day pagi-pagi lagi pergi ke Jetty Mersing. Cari parking berpagar RM15 seharian. Sebelum gerak kumpul dulu semua orang yang terlibat. Gerak lima boat, bukan untuk kami je itu termasuk kumpulan lain. Tapi seronok-lah ramai-ramai, baru meriah. Takde Covid-19 kan boleh campur semua.

Cuaca pagi sangat nice, lepas briefing kami naik boat, susun semua dan mula bergerak dari Jetty Mersing. Naik speedboat-kan kena-lah laju. Sebenar-nya aku tak ingat pulau mana kami pergi dulu, next dan terakhir. Nama pulau pon macam ingat tak ingat. Tapi enjoy je-lah gambar dari kami. Untuk maklumat terkini boleh tekan link link yang disediakan di atas.

Harga lama, masa kami sertai island hoping ni RM150 sekepala daypack. Harga termasuk snorkel and goggles rental, life jacket, transportation (speed boat), makan tengahari. Harga sekarang lain dah. Dan ada tempat tempat yang sudah dilarang untuk pergi, jadi pulau yang di-singgah sekarang berbeza dan mungkin lebih baik. Nak tau lebih boleh search JomRondaPulau by Checkgu Murni. Taktau kenapa dia eja cikgu macam tu walaupun dia cikgu, marketing value-lah kot mungkin.

antara yang terlibat. dari kiri Ayoi, Amin, Ikmal, saya, Sera, Nabil, Mdnuddin, Hani, Piqa. (korang teka-lah sendiri mana satu siapa)

Pernantian di Jetty Mersing. Tu bapak siapa tu?

Geng trip hampir terbubar tapi ada lagi. Terima kasih.

Dulu menyampah, sekarang sayang. Tingg taraa tingg.

Ini kat Pulau Sibu Kukus. Memang kena mendaki sikit. Sikit je, kalau power lima minit sampai. Saya tak bawa kasut, pakai selipar je (expect pergi island hoping-kan, bercanda ditepian pantai, main percik percik air, mana-lah nak ingat kasut). Nak mendaki buka-lah selipar demi elakkan kejadian tak terduga, tapi memang kena kukus ahh kaki. Bersilat memasing, yang pakai sandal senang-lah sikit.


Permandangan atas Pulau Sibu Kukus.

Sekitar Pulau Sibu Kukus tak silap.

Cantik tak kami. Acehhhhh..

Dalam speed boat, geng kami terpecah kepada dua boat. Dan bercampur geng lain. Tapi seronok je sebab meriah-kan. masing masing sempoi je layan.

Ini Ayoi, kahwin dah dia. Tiberrr.


Fateha dan pulau beliau.

Ini Pulau Tetek, sini singgah ambil gambar je. Takde pantai pon nak melepak ke apa. View sangat cantik dan cuaca sangat gembira dengan kehadiran kami. So jadi cantik semua.



Ini Pulau Lima. Sekarang tak boleh masuk gua kat pulau di atas arahan. Tapi kami antara yang bernasib baik berpeluang masuk gua Pulau Lima dan menghayati keindahan alam semula jadi. Masing-masing ramai tak pandai berenang, so aksi paut memaut terkapai kapai berlaku di sini. Jaket keselamatan memang tak pernah buka, so selamat je. yang tak pandai beraenang macam saya, di-guide oleh abang boat. Sampai ke kawasan selamat. Mula-mula taknak turun sebab seram tak pandai berenang, tapi 'bila lagi kan'. Percaya pada diri dan abang boat serta rakan-rakan. Haaa sekarang semua orang tidak dibenarkan masuk dah gua ni.





Next Pulau Lima, ada satu gambar je jumpa. Ada lain tapi lebih kurang. Sebab memasing tengah seronok snorkling. Tak ingat gambau dah. Kata-nya ada ikan nemo, tapi nemo takda pegi cari anak dia barangkali. Tak kelakar kan?


Baikk ada satu gambar dari pihak Checkgu Murni di Pulau Lima. Dia share gambar ni.

Kemudian kami ke Pulau Mentinggi untuk makan tengahari. Makanan disediakan sekali pakej. Nasi lauk apa tak ingat. Habis makan boleh kasi ikan makan atau bermain-main di sekitar pantai Pulau Mentinggi ini.





Seterus-nya kami ke Pulau Tinggi. Di sini siapa nak tengok atau mandi air terjun boleh mendaki sekitar 20 minit (bersama guider). Kalau taknak pon boleh je lepak-lepak tepi pantai macam biasa. Pulau ni satu-satu-nya pulau yang kami singgah ada toilet dan ada komuniti yang tinggal di sini. Masih cantik macam pulau-pulau lain.

Tu kenapa tu tepi tu, putus cinta gantung tak bertali melukut ditepian gantang ke? 

Plan nak bina istana terapung tapi cancel, dah ada orang buat. Kita buat istana bergerak jom.

Acahh tak penat sister.

Ni diaorang tak penat, diaorang suka peluk pokok. Sayang-kan kehijauan alam semula . Sikit lagi nak buat push-up tepi pokok tu #gogreen

Gambar sumber Checkgu Murni.

Balik ahh balik.

Tunggu giliran masuk tandas.


Dan berakhir-lah island hoping kami. Petang pukul enam tak silap smpai semula ke Jetty Mersing. Laju member bawa sebab nak elak hujan. Melompat sister brother semua. 

Ni gambar pagi, elok lagi masing-masing. Balik dah macam beruang hilang anak masing-masing.


Ni dah sampai Melaka, singgah makan habiskan sisa sisa duit trip. 

By the way, kat homestay kami boleh barbeque. Tong untuk bakar-bakar memang tersedia ada. Bagitau je tuan rumah nak buat barbaque. Nanti disediakan kelengkapan, barang basah beli sendiri-lah kan. Ada kerja gila siang dah terlompat-lompat atas boat, terkapai-kapai dalam laut, mendaki lagi lepas tu malam main bakar-bakar. Konon nak tengok gerhana, tapi tilam tengok dulu.


Yang terlibat.



Video sumber GoPro Amin. Yang mula-mula dalam video tu Amin-lah tu. Terima kasih kongsi dengan kami. Nanti aku kahwin aku belanja kau makan. Eehh. Video tu on the way pulang ke jetty, laju pecut sebab hari nak hujan. Nak elak hujan dan ombak tinggi diaorang speed habis. 

Tapi Alhamdullilah masih selamat semua-nya. Masih ada semua-nya. Terima kasih kawan-kawan yang terlibat dalam trip ini. SEmoga kebahagian milik kalian semua. Kenangan yang manis-manis kita kenang sambil tersenyum, yang pahit masin tu tenggelamkan-lah ke laut biru gituuu. Semoga persahabatan kita kekal akrab. Tidak sentiasa ada, tapi masih ada. Salam sayang buat semua.

Sekian. Next!



Gambar sumber dari Amin, Risa, Ikmal, Idan, Ecah dan abang boat Checkgu Murni


Comments

Popular posts from this blog

Mubala, Peragas, Ketipang, Jagindas, Sujama, Karambit.

Ayahnda

praktikal dulu.