Throwback Retreat FICTS 15/16 (Tanah Aina Fahad)


FICTS acronyms for Faculty of Information and Communication Technologies Society (Persatuan Pelajar FTMK, UTeM)

Ini pon sejenis post yang throwback teruk selepas hampir setahun kejadian berlalu. Lokasi kejadian Tanah Aina Fahad, Pahang. Gambar hasil sumbangan kamera Harissa Ameera. Cuba teka mana satu dia dalam gambar, paling cute, kecik, comel, cantik lagi bergaya. Dan juga dari ehsan pemilik handphone canggih boleh masuk air si kacak Syafiq Hisham. Yang paling handsome itulah dia.

Post ini sebenarnya bertujuan untuk menyatakan yang Tanah Aina tu awesome nak pengsan weyhh. Para peminat hijau-hijauan yang gemarkan bunyi kicauan burung sebagai morning alam, yang sukakan bunyi derusan air sungai sebagai lullaby boleh cuba berlibur kat sini. Tanah Aina ada beberapa cawangan berbeza dan menyediakan pelbagai perkhidmatan. Yang kami pergi Tanah Aina Fahad, Lata Jarum di Ulu Dong, Raub, Pahang. Untuk maklumat lanjut boleh layari Tanah Aina.






The accommodation superb nice. Memang selesa, bilik mandi, tandas, khemah semua selesa, Tuala disediakan. Makanan yang disediakan pon boleh tahan kelangit dia punya rasa. Maybe I exaggerate a bit. Muahahahahahakks. Kebetulan malam kitaorang tidur tu hujan so suasana agak sunyi dan sejuk. Takde apa nak buat, kitaorang tengok movie sambil main game WereWolf.












Khemah memang berdekatan dengan sungai (entah sungai ke, air terjun ke tak pasti) so all the time memang dengar air mengalir, syiok habis weyhh. Antara aktiviti yang ada kat Tanah Aina Fahad jungle trekking, mandi sungai, makan, minum, main buai, main congkak, tengok movie, tenung pokok dan kira semut dalam khemah (tak, ni aku je buat).










Dah, itu je nak share. Tak ingat full tentative, jadi ini je-lah yang dapat dikongsikan bersama. Yang cintakan kehijauan tapi nak selesa macam duduk hotel empat bintang boleh cuba jengah ke sini. Kena booking dulu, rujuk kepada link yang diberikan diatas. We had so much fun together there. Muahahahahakks. Sekian, terima kasih.



P/S: Pernah dulu dan aku rindu, perbezaan yang disatukan dengan kebersamaan. Pernah dulu dan aku rindu.






Comments

Anonymous said…
Tanah Aina Fahad memang best !

Popular posts from this blog

Mubala, Peragas, Ketipang, Jagindas, Sujama, Karambit.

Ayahnda

Ke Pulau Ke Kita #RoadToPenang