Bertaburan di Bukit Tabur #RoadToBukitTabur

Assalamualaikum geng..

weyh ada lagi ke orang nak baca blog ni weyh. follower banyak dah inactive. hahahah. terima kasih kepada sesiapa yang masih membaca walaupun update sekali sekala je. yang blogwalking kat sini terima kasih. yang agak-agak cari information kat sini, semoga berjaya. ahakks.
harini nak share walaupun tengah busy dengan FYP, takpe curi masa sikit.

tanggal 18, 19 dan 20 Mac2016 kami #gengtamannegeri dapat menjayakan trip ke Bukit Tabur. walaupun dah nak masuk bulan puasa baru nak update layankan jelah. nahh belanja gambar.

kami dapat pondok paling baru, paling selesa. ahakks.

luar chalet ni ada sungai, boleh mandi.


inilah kawasan penempatan kami sepanjang tiga hari dua malam. mungkin ada yang tahu tempat ni. Warisan Hati Rimba, Kemensah. jalan ke belakang Zoo Negara terus dalam 15 ke 20 minit masuk ke dalam. jalan sempit kawasan perumahan. sepanjang jalan pon banyak chalet lain selain Chalet Warisan Hati Rimba. at first night memang tak senang duduk bila sampai, biasa lah budak dah lama lepak bandar kena tidur dalam pondok plak tetiba. tapi serius takde nyamuk, selesa sejuk, kalau panas pon boleh guling-guling masok kolam yang ada. air bukit weyh, sentiasa mengalir segar bugar. murah je, kami bilik budak bujang RM90 semalam. 

the next day kami pi mendaki.

second pit stop. sebelom betul puncak.

lepak jap, dalam hutan jangan hisap rokok. kang terbakar hutan.
jaga kebersihan jangan buang sampah merata. ada otak fikir, alam ni bukan kau sorang yang punya.
amanah ni weyh. jaga sama-sama.





tunggu giliran mendaki puncak.




sebab ramai sangat jalan naik turun jem. -_-"






berangan nak masuk west, tapi termasuk east. redah jelah. dah-lah taktau jalan, main follow je orang reramai. sebab kami pergi weekends so pendakian agak slow sebab ramai. untuk orang yang stamina-nya hidup segan mati tak mahu okay-lah. pelan-pelan kayuh, kita jumpa di puncak. paling best mendaki bila masa ramai orang, dapat kenal orang baru, macam ragam, seronok teroxx weyh. pendaki lain pon mesra alam, helping each other. thanks weyhh.

stamina tak seteguh abang-abang lepak gym, ramai macam rumah terbuka, so kami amik masa jugak nak sampai puncak tu. dalam 8 pagi mula masuk trek, sampai nak tengahari. fuhh~ berlecak weyh koyak teroxx.

pendakian memang ada naik turun, mencabar almost all berbatu. kalau hujan tak digalakkan daki takut licin. sentiasa kena alert dengan sekelilng, jalan kecik dan tepi gaung. memang one way, naik lain tempat lain, turun tempat lain.
dah turun kebulur, kepanasan makan kat KFC, Giant Ampang.

sebab dah kenyang dengan kfc, badan berpeluh, melekit,
tak ingat penat nak pengsan, sesampai-nya kami di Warisan Hati Rimba terus bercinta dengan kolam
entah berapa lama kami berkubang, berenang, acah main bola tampar ke apa ntah







tak selesai dengan aktiviti bercinta dengan air.
dah berendam lama, lapar. kami teruskan dengan barbecue. memang satu hari ni tak berhenti kami punya aktiviti tapi layan punya pasal, syok punya pasal, minat punya pasal kami redah dengan girang gembira-nya.



sampai-lah kesudah-nya kami melantak, melepak, menyembang, membahan, mengelakkan orang.
termasuk-lah adegan tak sengaja nak bunuh diri minum air sabun, adegan ayam barbecue berkuah, dan pelbagai lagi. thanks a lot for the good sweet memories geng. :)







dan berakhir-lah aktiviti kami malam tu.
esok-nya pulak weyhh














tak sudah nak berendam kat Kemensah, nak pulak singgah Air Terjun Sungai Pisang.
sampai sesat, terlajak jalan cari kawasan ni. tempat masuk betul tepi Karak Highway. lupa dah kilometer berapa, boleh Waze, kami pon gunakan applikasi arus modenisasi ini. by the way, weekends ramai sikit sebab diorang buat flying fox and waterfall abseiling kat sini.

dah dapat celup-celup badan sikit kami pon gerak kembali ke sarang sementara kami, 
bersiap untuk pulang ke tanah jajahan Melaka.

tapi

dengar cerita IKEA Cheras baru buka.
hahahahahahaha. last day manjakan diri dengan perut makan mahal sikit.
shopping sikit-sikit. acah-acah interior designer sikit. 


 

 okay dah balik.



geng, apa plan next trip?
kereta yang jadi sauna haritu dah betul-kan.
so bila lagi nak lepak geng?
jangan lupa aku geng.

terima kasih.

the last picture may be a little blur, but our memories stills crystal clear in my head and heart.
gituuuuu. chiaa chiaa chiaaa ~






Comments

Popular posts from this blog

Ke Pulau Ke Kita #RoadToPenang

Ayahnda

dulu macam tuuu... tapi sekarang...