Taman Negeri Endau Rompin #RoadToRompin

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Fasa 2 (since i'm in Melaka now),

pada tanggal 12 April yang lepas, aku join trip #RoadToRompin dengan kawan-kawan. plan dah lama, Alhamdullilah jadi walaupun tak ramai. cerita pon dah lama tapi baru ade mood nak menaik. so on that date kitaorang gerak tenghari, petang dalam pukul dua sampai Rompin.

mula-mula singgah rumah Kak Teha untuk makan tengahari. disebabkan ada masa terluang kami jalan-jalan ke Pantai Teluk Gorek. tapi tapi tapi tak bawak baju lebih pastu tak mandi, pastu jealous tengok orang mandi, pastu tak mandi. okay.

 ni kawasan bilamana air pantai bertemu air sungai, maka berterbanglah burung berkicauan, dan sang ketam mencari lubang untuk berteduh. Subhannallah. sangat amat cantik.


 sebelom kejadian mandi pakai seluar jeans. sebab geram sangat sme of them yang sanggup terjun dengan apa yang ada dan balik berbasahan. takpe, janji senang hati. hahahaha. 
boxer dengan belt tu jangan dikenang sangat. 


 inilah geng Taman Negeri yang sanggup teman memeriahkan suasana yang hampir menjadi kelam.
terima kasih kawan-kawan semua. dari kiri Azri, Ucop, Idan, Zaki, Dyno, Kak Teha, Aien and me.


the next day 13 April kami menuju ke agenda utama.Taman Negeri Endau Rompin. disana kami di guide oleh Abang Yussof sado. hehehe. disebabkan Taman Negeri Endau Rompin adalah hutan simpan, nak masok kena ade permit RM5 sekepala. sebaiknya buat seminggu sebelom aktiviti. RM60 untuk guider, ikut package. kami punye tiga aktiviti, jungle trekking, waterfall abseiling and tree climbing. dari pukul 8 pagi sampai 6 petang lebih kurang-lah.

aktiviti pertama jungle trekking, pendek je trek kami dalam 1 jam setengah sampai ke air terjun kot. tak ingat sebab dah lama lepas. hehehe.


 ini pit stop untuk hilangkan segala menatang yang melekat kat kaki.
if you know what i mean. hahahakks.



 ini kak mas antara peneman guider kami.
terima kasih sudi bersama dan jaga kami.





next activity was waterfall abseiling. paling best dalam sejarah hidup aku sejarah hidup aku setakat ni. waterfall abseiling ni, cara-nye kau kena naik puncak air terjun, pastu terjun. tak kelakar. pastu kau kena turun mengunakan equipment yang disediakan.

 yang sado baju biru tu Abang Yussof, guider official kami. 
baik orang-nye, pandai bergurau, kebapaan gitu. tenang je layan kami perangai macam-macam.

 aien

 azri

 ucop

 kak teha

 fakhrulrazi a.k.a dyno

 zaki a.k.a zack

 idan

 and me



 us after the activity. it's was fun. too much fun. exciting. and still.
berketar lutut jugak nak turun. licin siap jatuh-jatuh terhempas batu. 
tapi gagahkan jugak. asal gaya ada, jalan. hahahakks.
 ini Abang Kimie, baru kenal. dialah sumber gambar-gambar yang cantik diatas.
terima kasih sangat. baik orang-nye, banyak membantu. meriah.


di lokasi start waterfall abseiling, kira puncak air terjun-lah. kott.
cantikkan. kalau air banyak mesti lagi cantik.

tak ingat tinggi mana, tapi lebih kurang macam ni-lah tingginya. 
dari atas puncak nun tu. sampai bawah.
nampak je tinggi, tapi biase-biase je. alahaii.

third activity was tree climbing. ini lepas dah penat. rehat, mandi, solat. pastu terus hadap pokok panjat. boleh tahan jugak-lah susah-nya. perlukan kekuatan tangan dan kaki sepenuh-nya gitu. 





 perhati dan gelakkan orang yang tak sampai-sampai.
tapi akhirnya memasing sampai ke level yang dikehendaki. atas semangat yang diberikan orang keliling.
bagus diaorang ni. sahabat yang membina semangat. hew hew hew.

 model of the year.
tak dapat define, handsome ke, comel ke, gagah ke, perkasa ke. 
hew hew hew.


then selepas tree climbing kami beransur pulang ke kediaman sementara memasing tapi sebelom tu kami sempat bergambar di kawasan yang agak cantik dan menarik sekitar jalan masok taman negeri tu.

 ohh ini aktiviti tambahan yang orang lain tak dapat. 

 pemandangan dari puncak air terjun.

 testing testing one two three and capture.


 team Taman Negeri yang menjayakan aktiviti.
terima kasih atas kesudian memeriahkan suasana.
terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
terima kasih pada yang bagi pinjam kereta.
terima kasih bebanyak.

 kami

 kami

 dan kami lagi.

14 April esok-nya kami bersedia untuk balik, sebelom tu singgah sarapan pagi kat rumah Kak Teha. terima kasih kat keluarga En Nasir (keluarga kak Teha) atas segala kemudahan yang disediakan. mandi makan minum tidur dan semua-nya. moga rezeki bertambah dan diberkati bagi seluruh keluarga En. Nasir. Inn Shah Allah.

 sebelom diaorang balik Melaka,
diaorang singgah Batu Pahat sebab nak hantar aku.
so sweetttttt ~
then singgah-lah kedai nasi beriyani Mohd Shah yang famous kat Batu Pahat.
dah kenyang, hantar aku sampai rumah, dan diaorang balik ke Melaka.
terima kasih.

sekian.

sehingga berjumpa lagi.



Comments

Popular posts from this blog

Mubala, Peragas, Ketipang, Jagindas, Sujama, Karambit.

Ayahnda

Ke Pulau Ke Kita #RoadToPenang