semester akhir
tak ku sangka
tak ku duga
saat akhir ini bakal berakhir
kesibukkan ini
menanam kenangan
pengalaman ini
mengukir pengajaran
suka aku
duka aku
gelak aku
nangis aku
dengan kalian
bertimbun tugasan berserta projek diploma yang mengekang jari jemari ini menaip di ruangan ini. atau terlalu banyak cerita sehingga keliru dimana simpannya memori untuk dikongsikan. aku lalui pelbagai ujian. Alhamdullilah aku kuat. aku juga lalui kesukaan. Alhamdullilah hikmah kurniaan.
adakah aku terlalu tenang ? perlukah aku dilanda kerisauan ? bilakah semua ini akan berakhir ?
tak mengapa. aku sedar. semua sudah tertulis.
biarkan yang lepas jadi tauladan.
kuatkan hati untuk yang mendatang.
hayati hari ini dengan senyuman.
Wassalam.
Comments