semester akhir
tak ku sangka tak ku duga saat akhir ini bakal berakhir kesibukkan ini menanam kenangan pengalaman ini mengukir pengajaran suka aku duka aku gelak aku nangis aku dengan kalian bertimbun tugasan berserta projek diploma yang mengekang jari jemari ini menaip di ruangan ini. atau terlalu banyak cerita sehingga keliru dimana simpannya memori untuk dikongsikan. aku lalui pelbagai ujian. Alhamdullilah aku kuat. aku juga lalui kesukaan. Alhamdullilah hikmah kurniaan. adakah aku terlalu tenang ? perlukah aku dilanda kerisauan ? bilakah semua ini akan berakhir ? tak mengapa. aku sedar. semua sudah tertulis. biarkan yang lepas jadi tauladan. kuatkan hati untuk yang mendatang. hayati hari ini dengan senyuman. Wassalam.