Ayahnda


27 Julai 2012 / 7 Ramadhan 1433 / Jumaat

pagi tu aku ade midterm exam for Operating System. lepas exam stay untuk discussion FST. then stay lagi dengan huda kat library. pastu balik hafiz samat yang amik kitaorang. pastu pegi bazar peringgit. ibu call, family aku ondaway pegi Melaka, dan kami berjumpa di Peringgit. kami sekeluarga terus gerak ke Restorant Nyiru berdekatan Masjid Al-Azim untuk ber-iftar.

iftar terakhir aku bersama ayahnda. 
hari terakhir aku menatap ayahnda. 
hari terakhir aku salam dan cium tangan ayahnda.

4 Ogos 2012 / 15 Ramadhan 1433

petang, terniat di hati untuk menghubungi keluarga. telefon ibu. ibu bagi tahu ayah masok hospital sebab pening kepala. ibu kata ayah okay. ibu kata ayah akan sembuh. ibu kata ayah tak apa-apa. aku kuatkan hati mengatakan ayah akan sembuh, ayah akan selamat, ayah tak apa-apa.

5 Ogos 2012 / 16 Ramadhan 1433

keluar bersama rakan serumah. teringat ibu dan ayah. telefon ibu. ibu kata ayah okay. ibu kata ayah akan sembuh. ibu kata ayah tak apa-apa. ibu bagi telefon pada ayah. ayah cakap, 'hati-hati jalan, belajar baik-baik, ayah tak apa-apa, jangan risau'. lemah longlai sayu suara-nya. tapi aku kuatkan hati. ayah akan sembuh.

kali terakhir ku dengar suara ayahnda.

6 Ogos 2012 / 17 Ramadhan 1433

pulang dari kelas. hati tidak tenang. telefon ibu. ibu kata ayah makin teruk. ya Allah, bagai dihempas hati ini ke batu. pecah. berderai. hancur. aku tanye ibu, 'nak adi balik tak?'. ibu kate, 'tak payah tergesa-gesa'. aku kuatkan hati. ayah akan sembuh.

7 Ogos 2012 / 28 Ramadhan 1433

7 pagi, angah telefon. angah nangis. angah suruh aku pulang. angah larang ke kampus. angah tak bagitau apa-apa. nanti angah jemput. aku bersiap. aku tunggu. aku terlelap. 9.20 aku hubungi semula angah. angah bagitau 'ayah dah meninggal'. ya ALLAH. seakan tidak percaya. seakan mimpi. seakan drama. aku hanya mampu menangis, menangis dan terus menangis. terima kasih rakan serumah yang tenangkan aku. Huda, Bmah, Aien dan Nad (yang lain dah ke kelas). aku tunggu along.

10 lebih, along sampai. terus gerak ke Muar. jemput adik. sampai Sungai Abong, Muar. tunggu adik. adik baru tahu. adik nangis, along nangis, aku nangis.

12 lebih, sampai rumah.
kereta banyak,
orang ramai,
suara mengalunkan surah Yassin berkumandang,
sebak-nya,
hiba-nya,
sayu-nya,
sakit-nya,
ibu, aku cari. aku salam.
lemah hati ini.
lemah kaki ini.
lemah mata ini.

lihat ayahnda terbujur kaku di suatu sudut.
di keliling sanak saudara dan sahabat handai.
alunan ayat-ayat suci bergema segenap rumah.

zohor, jenazah ayahnda di sembahyangkan,
kali terakhir diberi peluang menatap ayahnda,
cium ayahnda, sejuk. sayu.
jenazah kemudian dikebumikan.
kuatkan hati.
ayahnda pergi di bulan mulia.
kerana Allah lebih sayangkan ayahnda.

ayah, 
maaf tak sempat minta maaf kat ayah,
maaf tak jaga ayah mase ayah sakit,
maaf selama ini adi banyak sakitkan hati ayah,
maaf banyak menyusahkan ayah.
ayah,
(Insyallah), 
adi janji nak belajar sehabis baik,
adi janji jaga ibu sebaik mungkin,
adi janji nak jadi anak solehah,
adi janji akan ingat ayah sampai bila-bila
ayah,
adi sayang ayah sangat-sangat.

al-Fatihah
Alwee bin Mokhtar
22 Disember 1954 - 7 Ogos 2012




Comments

Anonymous said…
stay strong my dear adi :)
InsyaALLAH your father will see you in syurga
A.M.I.N my pray always with you my dear

sayasayangkeranaAllah
Anonymous said…
saya doakan semua doa awak termakbul dear :)
A.M.I.N

semoga menjadi anak yg solehah :)
you can do it!
Anonymous said…
Assalamualaikum..
Adibah..
Salam takziah buat adi and family..
Allah akan menempatkan arwah ayah adi di kalangan orang yang soleh di syurga..
AMIN...
doa ana sentiasa dengan adi..
Allah sentiasa bersama adi..
kuatkan semangat! =)
kami akan sentiasa bersama adi.. =)
-from farhana Group1 UTeM
Anonymous said…
assalamualaikum dibah yang cantik...:)
dibah...kuat kn smgt yer...semoga arwah ayah dibah dicucuri rahmat n semoga ditempatkan di tempat2 org2 yg beriman n soleh...insyaallah amin...
byk kn bersabar yer syg...kuat kan smgt...moge dibah tbah dlm menghdpi cbrn n dugaan dari ALLAH niyh....n byk kn berdoa tok arwah ayh dibah...insyaALLAH,kita akn sentiasa mndoa kn tok arwah ayh dibah
from:noramirah n maria....
Unknown said…
Kuatkan hati mu kawan..
jika kau merindui arwah sedekahkan al-fatihah, doakan ayah mu agar tenang dia disana :')
adibah alwee said…
InsyaAllah. terima kasih kawan-kawan.
bibdly bob said…
Be strong dibah! :)
dibah, semoga kuat ye, Relakan lah yang telah pergi, walaupun tak sempat buat apa apa untuk ayah, rajin rajin lah sedekah al-Fatihah untuk dia ok, sesungguhnya doa seorang anak kepada ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia sangat bermakna dan ditunggu-tunggu oleh mereka...

Popular posts from this blog

Ke Pulau Ke Kita #RoadToPenang

dulu macam tuuu... tapi sekarang...