Posts

nasi bariani BP

Image
 adakah gambar ini berjaya menaikkan selera mara bahaya anda ? okayy. post kali ini nak memperkenalkan satu restaurant nasi bariani yang ada di mukabumi ini. nama restaurantnya ialah..... jeng..jeng..jeng.. Restorant BP Bariani Power and and and restorant ini berlokasi di Taman Soga, Batu Pahat, Johor. yuppp. my lovely hometown.  lokasi kejadian Jalan Tukas 2.  ade alamat kat resit yang dipaparkan. no telepon pon ade. boleh buat tempahan. FYI, aku peminat nasi bariani yang amat tegar. tak kesah-lah nasi bariani gam ke, nasi minyak kenduri kawin ke, nasi bariani majlis cukur jambul ke, semua-nya akan menjadi buruan aku. kadang-kadang tetibe kerajinan meluak-luak pegi kenduri kawin semata-mata nak makan nasi minyak/nasi bariani. memang banyak restorant/kedai nasi bariani sekitar Batu Pahat nie. tapi restorant ini menjadi pilihan sebab daging rendang-nya telah menawan hatiku. nasi-nya yang sangat perrggghh. meleleh beb....

최고의 사랑

Image
  최고의 사랑 ; The Greatest Love currently, gua tengah layan tv series korea yang berjudul The Greatest Love.  sape layan lambai tangan skit. hehehehkkss. citer nie mengisahkan dunia artis di korea yang sangat-lah fake. muahahahakkss. JK. citer nie dah habis dah. biasa-lah. happy ending. 8TV 8.30 p.m - 9.30 p.m every Monday to Friday  pemain utama : Cha Seung Won Gong Hyo Ji untuk pengetahuan kalian. biasa-nya aku akan layan cerita korea or japan or whatsoever kalau lagu-nya syiok. yang buat aku tertarik dengan citer nie sebab lagu Thump Thump yang dinyanyikan Sunny Hill yang menjadi OST cerita ini. dan baru aku tau OST stand for Official SoundTrack.  sila layan. ade English subtitle lagi.   nie-lah lagu Thump Thump a.k.a Heartbeat okay. lagu yang second nie memang sedih. sila hayati lirik. Don't Forget Me. T_T sekian. terima kasih.

Lafazkan Kalimah Cintamu

Image
Ed Westwick nak tahu tak dulukan.. zaman aku tinggal kat asmara asrama aku ade bace novel fuyyoohhh.. tak sangka aku serajin itu untuk membaca novel tapi mase zaman ketika di asmara asrama-je-lah lepas tu.. dah takde makne-nye. usha-usha kat kedai buku je. muahahahahakksss.. buku ini mengisahkan tentang jejaka indonesia yang mencuba nasib untuk menjadi penyanyi di Malaysia. beliau menghadapi dilema untuk memilih antara kekasih-nya di indonesia atau pengurus-nya di Malaysia. dan akhir-nya beliau memilih. jeng jeng jeng entah aku pon tak tahu. seingat aku novel nie tergantung. hehehekkksss. pepandai-lah die pilih yee. pepatah mengatakan  ' andai kau punya kekasih dan kau jatuh hati pada kekasih kedua, pililah yang kedua. kerna andai kau mencintai yang pertama tidak mungkin anda jatuh hati pada yang kedua ' yang ini pulak. pasal silelaki yang hilang ingatan akibat kemalangan. tapi twin beliau meninggal. ayah silelaki meyakinan silelaki ialah twi...

belum cukup

Image
belum cukup ilmu untuk berdebat belum cukup pengalaman untuk bercerita belum cukup adab  untuk membimbing belum cukup tak pernah cukup tak akan cukup maafkan khilafku maafkan hinaku maafkan perilakuku maafkan bahasaku maafkan kekuranganku wwaaahhh. semenjak dua menjak nie asyik nak bermadah bagai. bajet nak jadi macam sasterawan terbilang. muahahahahakkss.. and FYI adibah bermaksud yang berpengetahuan tinggi; yang bersopan; sasterawan bukan aku yang kate, pakcik google yang kate. nak bukti, sila. *buatmukepoyomintakpelempang*  nampak tak ? nampak tak ? ini gambo kasi X-large lagi gitu. boleh kelik gambo untuk ke laman sesawang tersebut. boleh rujuk untuk kasi nama kepada bakal-bakal anak yee. muahahahahakkss. actually takde idea nak post ape. tapi nak post jugak. tak kire nak post jugak.  maaf-lah belog nie banyak merepek meraban merapun entah ape-ape je. sekian. terima kasih.

ape kau tahu ?!

Image
entah aku tak tahu aku tak amik tahu perlu untuk tahu penting untuk tahu tak pernah nak amik tahu kau tahu ape yang kau tahu tak tahu menahu memang perlu tahu untuk megetahui ntah apa yang tahu ntah siapa yang tahu tahu tak tahu entah ketua kaki belit media putar belit internet membelit mereka terbelit dan  akhirnya  tak tahu jika kau ada keyakinan tinggi kau tak perlu ada sebab untuk menjatuhkan orang lain